Halaman Utama

Portal ini disusun untuk memudahkan bagi Anda menemukan informasi yang Anda inginkan, maklumat tambahan – Siapa kami, apa yang kami lakukan, dan di mana hala tuju kami.

Fokus kami adalah tertumpu menyampaikan maklumat yang tepat dan telus dalam melahirkan masyarakat yang celik ilmu pengetahuan. Kami akan memastikan anda menerima maklumat yang jelas bagi menghasilkan situasi gambaran sebenar sesuatu peristiwa yang dilaporkan. Akhirnya maklumat yang tepat akan tercapai dengan memenuhi tanggungjawab kami  di sudut kualiti dan persamaan di tempat kerja, pengkayaan budaya di dalam lingkungan komuniti.

Kami komited menyampaikan maklumat dalam apa jua sekmen di seluruh Malaysia.

Etika Kerja Kami

Media komunikasi tidak dapat dipisahkan daripada mesej. Untuk memperoleh mesej yang telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yand dikehendaki. Untuk menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur. 

*Melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar.

*Menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem, dan dokumen. Sebarang maklumat yang tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan.

*Menghormati kerahsiaan sumber berita.

*Tidak boleh menyiarkan berita atau rencana yang bersifat perkauman dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk di Malaysia.

Siapa Kami

Kami amat percaya dengan tenaga kerja kami yag mahir dan berbakat membezakan kami dari pesaing.

Kami berdedikasi sebagai pencetus idea, pemimpin proaktif dan bersemangat jitu, kerjasama yang berkekalan dengan pelanggan.

Komitmen yang tinggi sebagai penyampai maklumat yang berkualiti kepada semua lapisan masyarakat di dalam menjalankan tanggungjawab tanpa melupakan nilai-nilai murni budaya kita – berintegriti, berkebolehan, – dalam pada masa yang sama memastikan bahawa maklumat yang disampaikan adalah tepat dan benar.

Blog

HAJIJI SERAH 344 GERAN TANAH NT (SUKAU)

KINABATANGAN – Penantian sejak sekian lama penduduk di kawasan Sukau berhubung pemilikan tanah berakhir apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sebanyak 344 geran Tanah Anak Negeri kepada penduduk yang terlibat. Tanah seluas 722.5 hektar itu diserahkan kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah kepada penduduk dari 34 kampung di kawasan …

Tanah Adat Diberi Kepada Pihak Ketiga

Lihat video dibawah :- https://youtu.be/fiE76Ptwwg8 Berpuluh Tahun Usaha Tanah Adat, Tiba-tiba Geran Diberi Kepada Pihak Ketiga – Hishamuddin Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim mempersoalkan geran yang dikeluarkan kepada pihak ketiga tanpa mengusahakan tanah. Video : Jamie Koncept Posting asal : Malaysia Gazette

JEFFREY PEGANG KATA-KATA ANWAR.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yakin Sabah akan memperoleh semula 40 peratus hasil bersih yang diperoleh Kerajaan Persekutuan daripada negeri itu di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang. Ini adalah salah satu hak Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). “Keyakinan saya adalah berdasarkan …

Strategi

Berfikir dengan teliti melalui kemungkinan, menilai dan mengurus risiko, dan akhirnya memilih hala tuju strategik dengan potensi yang terbaik.